Hidup.
Hidup perlu ada matlamat. Dengan adanya matlamat, hidup tidak terasa kosong.
Hidup bertujuan membakar semangat baru. Setiap pagi bermula dengan hari yang baru!
Wahai anakku..
Sebaik-baiknya panduan hidup adalah kalam Allah. Allah berbicara terus denganmu melalui kalimah-kalimah yang indah. Untuk setiap keraguanmu, Al Quran ada penjelasannya. Untuk setiap masalahmu, Al Quran ada solusinya. Kau hanya perlu membaca dan memahami setiap bait kata-kataNya.
Nah..cuba kau lihat. Al Quran mengandungi 604 mukasurat. Sekiranya setiap hari kau baca 2 mukasurat, dalam 302 hari kau mampu khatam! Setahun ada 365 hari. Hari-hari yang berbaki untuk menampung sekiranya ada hari yang kau terlepas atau tak sempat mengaji. In shaa Allah, dengan kaedah ini kau dapat khatam Quran setahun sekali!
Jadikan Al Quran sebahagian dari rutin harian. Samalah seperti makan, minum, tidur, belajar dan sebagainya. Sebaiknya dibaca lepas subuh, sebelum memulakan lembaran hari yang baru. Percayalah kau akan lebih bersemangat menghadapi segala cabaran dan dugaan.
Sebatikan hidup dengan Al Quran. Jadikan Al Quran panduan hidupmu.
Comments
Post a Comment